SELLEYS MALAYSIA – Buy, Scan & Win! Contest 2022 Terma dan Syarat (National)
Terma dan Syarat
- Peraduan SELLEYS MALAYSIA – Buy, Scan & Buy! Contest 2022 akan berlangsung dari 1 September 2021 hingga 30 Oktober 2022 [“Tempoh Peraduan”]. Selleys Malaysia dibawah Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd. [“Pihak Penganjur”] berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa sebarang notis. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan.
- Peraduan ini terbuka kepada semua peserta yang berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 September 2022) di Malaysia kecuali kakitangan Pihak Penganjur dan ahli-ahli keluarga terdekat mereka, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan promosi Pihak Penganjur.
- Untuk menyertai Peraduan:
-
Para peserta mestilah membeli mana-mana satu (1) produk SELLEYS di mana-mana kedai yang mengambil bahagian semasa Tempoh Peraduan. Setiap satu (1) resit tunggal tersebut melayakkan peserta untuk satu (1) penyertaan
- Imbas kod QR poster peraduan atau layari https://buyscanwin2022contest.selleys.my/
- Ambil gambar yang jelas mengenai resit.
- Isi butir-butir yang diperlukan dalam e-borang yang disediakan:
- Nama penuh mengikut kad pengenalan atau passport
- Nombor kad pengenalan
- Nombor telefon bimbit
- Kedai pembelian
- Lampirkan gambar resit tunggal yang jelas
- Jawab soalan mudah
- Simpan SEMUA resit bercetak asal (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan SEMUA penyertaan yang dihantar SEPANJANG Tempoh Peraduan sebagai bukti pembelian. Hanya resit bercetak sah (termasuk e-resit bercetak daripada pembelian online) yang bertarikh dalam Tempoh Peraduan dengan nama kedai dan butiran produk SELLEYS yang jelas akan diterima.
- Pihak Penganjur tidak akan membayar balik kepada peserta untuk caj yang dikenakan untuk menghantar penyertaan termasuk Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST), jika ada.
- Pihak Penganjur dan syarikat-syarikat yang terlibat dalam Peraduan ini tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang kelewatan, kegagalan penghantaran dan/atau gangguan penyertaan dan syarikat-syarikat ini juga tidak akan bertanggungjawab untuk sebarang penggunaan maklumat peserta yang tidak dibenarkan sepanjang Peraduan ini.
- Cara pemilihan pemenang:
- Juadah Bersama KOL Zou Hou Ren atau Diana Nasir
- Pemenang Hadiah Utama yang layak ditentukan oleh jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 1, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 3,001 penyertaan layak diterima, nombor ini akan dibahagikan dengan 1 dan dibundarkan kepada nombor bulat paling dekat yang lebih rendah, iaitu 3,001. Maka penyertaan layak ke-3,001 akan berpeluang memenangi Hadiah Utama tersebut. Jika penyertaan yang disenarai pendek dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan menjadi pemenang layak gantian, sebagai contoh: pemenang layak gantian untuk penyertaan layak ke-3,001 adalah penyertaan layak ke-3,000.
- Para pemenang yang layak kemudian akan dihubungi melalui telefon dalam tempoh enam (6) minggu selepas tempoh tamat Peraduan dan diwajibkan memberi resit asal yang sepadan dengan penyertaan yang menang sebagai bukti sebelum disahkan sebagai pemenang. Sekiranya peserta tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan, tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas cubaan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, kelayakan peserta akan dibatalkan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab sekiranya peserta-peserta tidak dapat dihubungi atas sebarang sebab.
- Para pemenang yang layak dikehendaki menghantar resit bercetak asal sah (bertarikh dalam Tempoh Peraduan) yang sepadan dengan penyertaan, salinan kad pengenalan dan salinan sah Pasport melalui Pos Laju/kurier dalam tempoh tiga (3) hari bekerja selepas tarikh pemberitahuan sebagai pengesahan bukti pembelian. Sekiranya gagal, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan memilih peserta seterusnya sebagai pemenang.
- Para pemenang akan dihubungi melalui talipon dan akan diumumkan oleh pihak Penganjur di mana-mana laman web berikut: buyscanwin2021contest.selleys.my atau www.facebook.com/selleysmalaysia
- Hadiah-hadiah Peraduan:
- Hadiah Utama x 1: Juadah Bersama Selleys KOL kesukaan, Zou Hou Ren atau Diana Nasir
- Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah sahaja sepanjang Tempoh Peraduan.
- Penyerta akan dikemaskini dengan maklumat lokasi jjuadah Bersama KOL diadakan
- Pihak Penganjur berhak atas budibicara mutlaknya untuk menambah atau mengurangkan bilangan hadiah atau menggantikan mana-mana hadiah dengan hadiah-hadiah lain yang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah tidak boleh ditukar milik, tidak boleh dikembalikan dan tidak boleh ditukar untuk wang tunai atau apa-apa format atas sebarang sebab.
- Dengan menyertai Peraduan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi maklumat peribadinya dan Pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta melepaskan hak untuk membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh Pihak Penganjur.
- Dengan menyertai Peraduan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Terma dan Syarat rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan muktamad Pihak Penganjur.
- Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Terma dan Syarat Peraduan atau membatalkan Peraduan ini tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta dianggap telah bersetuju dengan segala perubahan tersebut.
- Keputusan Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, rayuan atau bantahan tidak akan dilayan. Peserta mengaku janji tidak akan menuntut atau mengambil apa-apa tindakan terhadap Penganjur mengenai Peraduan ini.
- Terma dan Syarat disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.
- Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan peserta. Maklumat ini disimpan oleh Pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan peserta. Dengan mengemukakan maklumat peribadi peserta, pihak Penganjur menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada Pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini untuk tujuan pemasaran dan promosi yang kini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Maklumat peserta tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010
Notis Di Bawah Seksyen 7 Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (“PDPA”) kepada peserta Peraduan SELLEYS MALAYSIA – Buy, Scan & Win! Contest 2022 anjuran Selleys Malaysia dibawah Nippon Paint (Malaysia) Sdn. Bhd.
Pengguna yang dihormati,
Di bawah PDPA, terdapat beberapa syarat yang mengawal pemprosesan data peribadi anda sebagai individu (“Individu”). Ia memaklumkan Individu tentang hak-hak anda di bawah PDPA, termasuk tindakan yang boleh diambil oleh Individu untuk melaksanakan hak-hak tersebut dan akibatnya, dan secara khususnya:-
- Bahawa kami [“Penganjur”] mengumpul data peribadi daripada penyertaan anda;
- Data peribadi Individu dikumpul untuk “Peraduan SELLEYS MALAYSIA – Buy, Scan & Win! Contest 2022” [“Peraduan”];
- Individu mempunyai hak untuk mengakses dan membetulkan data peribadi anda;
- Data peribadi Individu akan dikongsi dengan Agensi yang dilantik untuk tujuan pemprosesan;
- Data peribadi Individu akan diguna untuk tujuan Peraduan sahaja;
- Data peribadi yang diminta adalah wajib, dan jika maklumat yang diberikan tidak lengkap, penyertaan Individu tidak akan diterima;
- Sekiranya Individu telah disahkan sebagai Pemenang, sebarang perubahan kepada data peribadi individu harus dimaklumkan kepada Penganjur; dan
Sekiranya Individu mempunyai pertanyaan atau ingin memberi maklum balas, anda boleh berhubung dengan kami melalui talian 1-800-88-2663 atau emel ke customercare@nipponpaint.com.my. dari Isnin hingga Jumaat, dari pukul 8.00 pagi sehingga pukul 12.00 petang, dan pukul 1.00 petang sehingga pukul 5.00 petang.